Monday, June 28, 2010

Selamat Datang dan Selamat Pergi

28 Jun 2010 memeberikan satu kenangan manis dan sedih bagi diri ku, pada jam 10.00 malam telah perginya seorang sahabat dan rakan kerja Tuan Haji Sairan b. pardy ke rahmatullah, pemergiannya amat mengejutkan rakan-rakan namun perginya arwah dalam keadaan tenang.
Arwah seorang yang cool dan tidak pernah menyakitkan hati rakan-rakan, beliau amat disayangi anak-anak didiknya dan seorang guru yang sering membantu ku dan oleh itu aku tidak pernah berat tangan untuk membantunya. Pemergiannya amat kurasa kerana setiap kali bertembung di sekolah beliau pasti tersenyum dan aku pasti akan berjenaka dengannya. Semoga arwah berada dikalangan orang yang berimam........
Selamat datang ku ucapkan kepada anak saudara baruku yang baru lahir pada pukul 4.20 petang - 28 Jun 2010, semoga kelahiran mu memberi rezeki dan kegembiraan pada keluarga mu....

No comments:

Post a Comment