Monday, June 28, 2010

Selamat Datang dan Selamat Pergi

28 Jun 2010 memeberikan satu kenangan manis dan sedih bagi diri ku, pada jam 10.00 malam telah perginya seorang sahabat dan rakan kerja Tuan Haji Sairan b. pardy ke rahmatullah, pemergiannya amat mengejutkan rakan-rakan namun perginya arwah dalam keadaan tenang.
Arwah seorang yang cool dan tidak pernah menyakitkan hati rakan-rakan, beliau amat disayangi anak-anak didiknya dan seorang guru yang sering membantu ku dan oleh itu aku tidak pernah berat tangan untuk membantunya. Pemergiannya amat kurasa kerana setiap kali bertembung di sekolah beliau pasti tersenyum dan aku pasti akan berjenaka dengannya. Semoga arwah berada dikalangan orang yang berimam........
Selamat datang ku ucapkan kepada anak saudara baruku yang baru lahir pada pukul 4.20 petang - 28 Jun 2010, semoga kelahiran mu memberi rezeki dan kegembiraan pada keluarga mu....

Saturday, June 26, 2010

Orang baru

Hari ini kami sekeluarga xsabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga Tok Mat dan nek Rom, kami sedang menunggu dalam debaran samaada akan hadir seorang bayi lelaki atau bayi perempuan , jika bayi perempuan akan bertambahlah umat Muhammad SAW dan jika bayi lelaki akan bertambahlah khalifah di muka bumi ini. Namun kehadiran orang baru ini akan bertambahlah ahli keluarga kami yang asalnya hanya bak dan mak + kami = 10 + 7 menantu + 3 anak abg + 3 anak kak nor + 3 anak lije + 2 anak yatie + 3 anak oye + 5 anak abg cik altogether equal to = 36 orang iaitu 3 dozen
Makin meriahlah family bak n mak yang pasti nya merasa sangat gembira dan bangga kerana masih berpeluang melihat anak menantu dn cucu2 nya. Semoga bak n mak masih berpeluang melihat kejayaan cucu2 nya n kalau panjang umur dpat melihat adik bongsu ku dan cucu sulungnya naik pelamin..... amin